
Sulit
5 tahun
Ketakutan yang memurungkan saya
Saya ade masalah ketakutan n kerisauan yang agak melampau… saya risau tentang kesihatan diri. Sebelum ni saya ade masalah gusi bengkak n berdarah,sesak nafas,gastrik saling berganti.dalam pikiran saya ingatkan jangkitan kuman.doktor kerajaan n swasta beritahu tiada jangkitan. Tp hati saya ttp risau.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah psikiatri keresahan dan kebimbangan
- Tekanan emosi
Kami memahami bahawa anda risau tentang masalah kesihatan anda. Jika anda masih mengalami kerisauan tentang keputusan yang diberikan doktor, anda boleh mendapatkan pendapat daripada doktor kedua. Jika mereka masih memberi keputusan yang sama, hal ini bermakna anda tiada masalah. Selain itu, bagi meyakinkan tentang keputusan tersebut, anda boleh meminta doktor menerangkan keputusan ujian yang telah anda jalani. Berbincang dengan doktor tentang kerisauan anda dan mereka pasti memahami tentang kerisauan yang anda hadapi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.