Sulit
4 tahun
Ketiak bengkak selepas vaksin
Saya telah mendapat suntikan pfizer dose kedua pada 10/8… tapi saya telah mengalami bengkak di bawah ketiak selepas vaksin…adakah ianya normal atau saya perlu ke hospital?
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan ini.
Kami memahami bahawa anda mengalami bengkak di bawah ketiak selepas suntikan vaksin.
Kami akan cuba membantu.
Bengkak yang ditemui mungkin kerana antibodi di sistem limpa.
Kesan sampingan sebegini akan reda dalam beberapa hari.
JIka ini berlarutan anda disarankan untuk mendapat nasihat doktor berdekatan.
Terdapat beberapa simptom bahaya yang perlu diambil berat.
- Sakit kepala yang teruk dan berlarutan
- pengsan atau sawan
- Sakit pada bahagian perut yang teruk dan berlarutan
- Sakit dada yang berlarutan
- Kaki bengkak
- Sesak nafas yang teruk dan berpanjangan
Sila rujuk kepada doktor atau ke hospital segera jika mengalami gejala ini.
Kami harap jawapan ini membantu.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini
























