Sulit
5 tahun
Ketidakpastian keadaan anak berkaitan Covid-19 dengan sakit kepala yang amat sangat dan demam panas ringan serta berkeadaan normal juga berkelakuan normal
Anak lelaki saya yang berumur 6 tahun tiba-tiba menangis kuat-kuat sebelum 8pm semalam! Dia mengadu bahawa dia sakit kepala amat sangat! Saya periksa suhunya dan dapati dia tiada demam panas. Selepas itu, Saya bersihkannya dan baginya minum air kosong lalu baginya tidur. Dia masuk tidur lebih kurang pukul 8 terus hingga lebih kurang pukul 7 pagi ini. Tiada sebarang gangguan tidur.
Bila dia bangun pagi ini, suhunya ada naik sedikit buatkannya demam panas ringan. Keadaan serta suhunya kembali normal sehingga kini selepas dia gosok gigi dan bersarapan.
Saya risau kemungkinannya menjangkiti Covid-19 kerana ada khabar angin yang mengatakan terdapat murid yang sama sekolah (SRJKC Selayang Baru) dengan anak saya Covid-19 +…Apatah lagi ia(Covid-19) sekarang boleh dijangkiti tanpa gejala!!
Soalan saya:
- Adakah demam panas yang dialami seseorang +Covid-19 akan pergi dengan begitu mudah sekali seperti kes anak saya ini?
- Bagaimana boleh saya pastikan anak saya ini bebas daripada jangkitan Covid-19?
- Jika keadaan normalnya begini berkekalan hingga keesokannya, bolehkah dia kembali ke sekolah mula besok?
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda di atas, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini.
Bagi menjawab soalan-soalan anda, kami akan cuba sedaya upaya untuk menjawabnya berdasarkan fakta yang tepat.
Demam panas yang dialami oleh pesakit COVID-19 akan sembuh jika rawatan diberikan secepat mungkin. Selain itu, anak anda boleh bebas daripada jangkitan COVID-19 dengan sentiasa mematuhi S.O.P seperti memakai pelitup muka yang sesuai sentiasa, jaga penjarakan sosial dan elakkan pergi ke tempat orang ramai jika tidak melibatkan urusan penting. Berkaitan khabar angin itu, anda perlu berhubung dengan pihak sekolah untuk mengesahkan sama ada terdapat kes positif COVID-19 di situ. Jika segalanya normal, anda boleh menghantar anak anda ke sekolah mulai esok seperti biasa.
Untuk pengetahuan anda, ada beberapa simptom COVID-19 yang anda boleh kenalpasti dan rawat simptom di rumah, antaranya ialah:
Simptom yang sering berlaku
- demam
- batuk kering
- keletihan
Simptom yang kurang berlaku
- sakit badan
- sakit tekak
- cirit birit
- konjunktivitis
- sakit kepala
- hilang deria rasa
- ruam pada kulit
Simptom yang serius
- sesak nafas
- sakit dada
- hilang kemampuan untuk bercakap
Buat masa ini anda perlu memantau diri jika anda mempunyai gejala-gejala yang disenaraikan di atas. Jika anda rasa kurang sihat anda boleh ke klinik kesihatan atau klinik berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Kuarantin hanya disarankan kepada seseorang yang mempunyai gejala dan lebih-lebih lagi kontak rapat pesakit positif atau baru pulang dari tempat berisiko tinggi.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Jika anda mempunyai simptom yang serius anda perlu berjumpa dengan doktor dengan segera untuk merawat. Individu yang mempunyai simptom yang ringan ataupun keadaan sihat anda perlu merawat simptom daripada rumah. Namun begitu ini hanyalah keterangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor di klinik berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapatkan nasihat dan maklumat selanjutnya. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































