
amiemeyra
5 tahun
Ketuat di jari kaki dan sukar untuk memijak
Saya bru saja kene ketuat ini di bahagian tapak kaki. Mula mula terasa sakit sy ingatkan kenapa bila tnya tnya rupanya ketuat. Sekarang masih sakit bila sy pakai selipar atau kasut. Untuk berjalan juga kadang kadang sakit. Apakah punca sebenar ketuat ini? Adakah ia akan merebak ke tempat lain sekiranya tidak dirawat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ketuat atau wart adalah disebabkan oleh jangkitan virus human papilloma virus (HPV). Virus HPV mempunyai lebih 100 jenis, namun hanya beberapa yang dapat menyebabkan ketuat kaki.
Untuk pengetahuan anda, HPV yang menyebabkan ketuat plantar tidak semestinya mudah dijangkiti. Oleh itu, virus tidak mampu merebak melalui sentuhan pada kulit individu kepada individu yang lain. Tetapi, ia mampu bertahan dalam persekitaran yang hangat dan lembap. Ini boleh mengakibatkan anda mampu terkena virus dengan hanya berjalan tanpa alas kaki di sekitar kolam renang atau bilik persalinan. Sekiranya virus merebak dari kawasan bermulanya ia berjangkit, maka lebih banyak ketuat akan muncul.
Memandangkan anda mulai berasa sakit, sebaiknya mendapatkan konsultasi doktor untuk mengatasinya dan supaya dapat membuang ketuat ini. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.