
Anonymous
6 tahun
Ketuat pada kemaluan
Saya ada ketuat pada kemaluan vagina saya,bolehkah ubat ini disapu pada kemaluan?

6 tahun
Terima kasih untuk soalan anda.
Ketuat, atau genital warts, merupakan sejenis ketumbuhan kulit yang disebabkan oleh virus human papilloma virus atau HPV. HPV biasanya merebak melalui hubungan seks atau dari ibu ke anak semasa proses kelahiran. Mana-mana bahagian kulit yang dijangkiti akan menjadi bengkak dan kasar.
Ketuat yang kecil biasanya akan hilang dengan sendiri tanpa rawatan. Jika ketuat tidak hilang, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang paling sesuai untuk anda. Untuk ketuat yang kecil, ubat sapu yang mengandungi bahan seperti salicylic acid, imiquimod, tricholoacetic acid atau podophyllin boleh digunakan untuk membuang ketuat.
Doktor boleh membekukan ketuat menggunakan cecair nitrogen (cryotherapy) atau menanggalkan ketuat dengan menggunakan cahaya laser. Rawatan-rawatan tersebut boleh dilakukan secara outpatient atau pesakit luar. Rawatan cryotherapy dan laser adalah selamat dan kesan sampingan seperti adalah jarang.
Pencegahan adalah lebih baik daripada rawatan. Untuk mencegah ketuat, anda digalakkan untuk mengamalkan hubungan kelamin yang selamat. Untuk warga perempuan muda yang belum pernah menjalankan hubungan seks, vaksinasi HPV adalah sangat digalakkan untuk mencegah jangkitan HPV.

6 tahun
Hai. Salam sejahtera dan terima kasih kerana bertanyakan soalan ini.
Terdapat banyak jenis ubat rawatan yang boleh diperolehi oleh anda untuk membuang ketuat pada kemaluan. Rawatan lain seperti rawatan haba (diathermy) dan pembedahan untuk membuang ketumbuhan tersebut.
Walaubagaimanapun, rawatan bergantung kepada keadaan ketuat anda. Antara faktor yang diambil kira oleh doktor bagi menentukan kaedah rawatan yang sesuai untuk anda adalah bilangan, saiz, rupa bentuk, tekstur dan lokasi. Oleh itu, untuk memastikan keberkesanan rawatan, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor.
Antara ubat sapuan yang biasa diberikan oleh doktor adalah podophyllin, imiquimod dan trichloroacetic acid. Rawatan menggunakan cecair nitrogen ataupun juga dikenali sebagai ‘cryotherapy’ juga boleh menjadi satu rawatan yang mujarab. Anda perlu menjalani proses rawatan yang menggunakan ubat sapuan lebih kurang 4 ke 6 minggu sebelum diperiksa perkembangan dan pemulihannya untuk menentukan rawatan selanjutnya.