
muhdf2323
5 tahun
Ketulan bawah rahang
hai doc. baru baru ni saya ada rasa satu ketulan kecil di bahagian bawah rahang kiri saya. boleh saya tahu apa sebab dan kesannya. adakah ketulan ini berbahaya atau tidak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, benjolan di bawah kulit boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Epidermoid cyst yaitu mirip jerawat
Lipoma pengumpulan lemak
Limfadenitis akibat jangkitan organisma seperti Tibi
Furuncle seperti bisul
Beguk
Pembesaran kelenjar tiroid
Sebetulnya, tanpa melihat atau memeriksa anda, sukar untuk ditentukan asal bengkak tersebut apakah dari otot ataupun kelenjar ataupun hanya masalah kulit. Sebaiknya anda merujuk ke doktor agar dapat dilakukan pemeriksaan lanjut dan supaya dapat diberikan pengubatan dan perawatan yang tepat dan efektif.
Langkah awalnya termasuk, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.