Sulit
2 tahun
Ketulan dan bengka yang menyakitkan pada payudara
Saya mengalami sakit di bahagian payudara.
Bengkak dan nyeri yg tidak selesa.
Sy mempunyai inverted nipple.
Sepanjang 2 tahun menyusukan anak, payudara ini tidak digunakan dan kebiasaan sy akan pump keluar susu.
Skrg anak sudah berusia 3thn 4bln.
Jika sebelum ini sy hanya merasa senak dan berketul jika ditekan. Tetapi hari ini, sakit dan bengkak ini semakin kuat dan besar.
Size payudara juga seperti berbeza.
Tidak ada sebarang discharge atau lekuk di bahagian payudara.
Tiada ketulan di bahagian berhampiran ketiak.
Ketulan ini betul² di bahagian atas tgh payudara dan menghala ke bahagian tgh bersebelahan payudara satu lagi.
Adakah ini tandanya sy alami mastitis?
Jika ya, apa perlu sy buat?
2 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala kesakitan di bahagian payudara dan benjolan di payudara Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan gejala anda. Antaranya:
Kebenjolan dan sakit pada bahagian payudara boleh disebabkan oleh beberapa perkara berikut :
- Fibroadenoma
- Breast abscess
- Fibrocystic breast disease
- Skin abscess
Selain itu, terdapat penyakit yang lebih serius yang boleh dikaitkan dengan simptom anda, iaitu kanser payudara. Bagi mendapatkan diagnosis yang sebernarnya, kami menyarankan agar anda merujuk kepada doktor bagi mengenal pasti punca masalah anda.
Anda boleh menghubungi kami untuk mendapatkan konsultasi peribadi bersama doktor secara atas talian.
Harap jawapan kami membantu anda.
Terima kasih.