
Sulit
5 tahun
Ketulan darah di vagina
Hi Dr. Saya dh berkawin tapi tgal jarak jauh. 18/11-23/11 saya period. 28 bersama dan tiba2 4/12 saya keluar ketulan darah. 5/12 masih ada keluar keluar tapi bewarna coklat. Saya dah pergi scan tapi Dr cakap tak ada apa dan itu normal sbb waktu subur. Betul ke tu ? Sebab lepas keluar ketulan darAh tu perut saya rasa tak selesa sampai hari ni. Saya nak meniarap rasa sakit dan tidur kena mengiring baru selesa. Perut rasa kejang dan padat mcm baru lepas makan tp tak beselera pn utk makan.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
- Cervical ectropion
Sekiranya ultrasound scan telah dilakukan dan tiada sebarang punca boleh dikesan, gejala yang anda hadapi mungkin berpunca daripada faktor hormon oestrogen dan progesterone anda akibat stres, perubahan rutin kehidupan seharian, kepenatan dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.