
Sulit
5 tahun
Ketulan di bahagian payudara kiri
Salam dok,sy brumur 25 tahun…sy jugak myusu bayi brusia 2 bulan.baru2 ini saya perasan payudara sebelah kiri dbawah ketiak saya ada satu ketulan keras…apa kah itu dok? Saya risau jika itu tanda2 kanser payudara…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Benjolan lemak
- Gumpalan tisu fiber
- Kelenjar bengkak yang disebabkan oleh faktor jangkitan bakteria/ virus dalam badan, Tibi, Kanser
- Foliculitis
- Cyst/Kista
- Nanah akibat jangkitan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.