
solehaabdullah96
5 tahun
Ketulan di bawah leher
Assalam dr. saya soleha berumur 23 tahun. minggu lepas saya noticed yang leher di sebelah kiri saya mempunyai ketulan kecil sebesar 2 cm dan apabila disentuh, ia boleh bergerak sedikit. bila saya berjumpa dengan dr di klinik kesihatan, dr itu memberitahu saya bahawa tonsel saya bengkak dan mungkin itu yang membuatkan adanya ketulan tersebut. dr itu hanya beri saya paracetamol dan juga ubat surut bengkak. walaubagaimanapun ubat tersebut tidak menunjukkan sebarang perubahan yang mana masuk minggu kedua tekak saya berasa sedikit perit dan pedih serta ketulan tersebut sedikit membesar. apa yang sedang saya hadapi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kelenjar bengkak adalah:
- sering disebabkan oleh jangkitan kuman dan menyebabkan selesema, radang tonsil dan jangkitan telinga atau tekak
- jarang ia disebabkan oleh apa-apa yang lebih serius, seperti kanser sistem darah (leukemia) atau sistem limfa (limfoma)
- Jika anda berjumpa dengan doktor, mereka akan mencadangkan rawatan bergantung kepada punca, jika ada mempunyai masalah bakteria, doktor mungkin akan beri antibiotik.
Terdapat beberapa sebab kelenjar bengkak disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria seperti:
- Selesema
- Radang tonsil
- Penyakit Tuberkulosis atau batuk kering
- Gusi bernanah
Anda harus berjumpa dengan doktor jika gejala anda tidak bertambah baik dalam masa beberapa minggu.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih