
Sulit
4 tahun
Ketulan di berdekatan puting payudara
Hi doctor, sy wanita berumur 20 tahun. Baru2 ini sy menyedari terdapat ketulan sebesar kira kira 2cm/2.5cm berdekatan dgn puting payudara. Puting payudara sy juga tertarik ke dalam. Hal ini terjadi semenjak sy berumur 16 tahun lg. Bahagian ketiak sy juga bengkak tetapi tiada sebarang ketulan. Ini amat menganggu emosi sy doc.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan ketulan di kawasan payudara, seperti:
- Breast cyst
- Fibroadenoma
- Phyllodes tumor
- Nekorsis tisu lemak (fat necrosis)
- Perubahan fibrocystic pada payudara
- Kanser payudara
Ini hanyalah pandangan kami terhadap masalah yang anda alami. Ingin kami tekankan supaya anda berjumpa dengan doktor kerana kami bimbang ia berpunca daripada masalah yang serius dan ia mengganggu anda. Pemeriksaan dan rawatan adalah amat diperlukan.
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.
Anda juga dinasihatkan untuk sentiasa membuat pemeriksaan payudara kendiri dan berjumpa dengan doktor sekiranya terdapat perubahan drastik dan anda mengalami gejala ini:
- Sakit payudara
- Terdapat nanah atau darah yang keluar dari puting
- Rekahan pada puting
- Hilang selera makan
- Penurunan berat badan secara drastik
- Sakit dada
- Sukar bernafas
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami. Terima kasih.