Sulit
6 tahun
Ketulan di dalam perut
Hai doktor, saya berumur 29 tahun dan sudah berkahwin. Saya mempunyai ketulan yang timbul di dalam perut. Saya dapat merasakan ia apabila saya baring dan ketulan itu akan timbul. Apabila ia digosok ia hilang dan akan timbul semula. Saya juga mempunyai tanda2 lain spt perut terasa kembung, kadangkala kejang perut dan kaki, sakit dibahagian ari2, sakit ketika bersama dan kerap membuang air kecil. Adakah itu ketulan angin atau sebaliknya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, ketulan di perut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- hernia atau bahasa awamnya adalah angin pasang
- lipoma yaitu ketulan lemak
- penyakit keradangan pelvik
- limfadenitis
- sembelit
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.






























