
ownerror167
5 tahun
Ketulan di payudara dan rasa sakit dibawah ketiak
Saya lelaki tulen berusia 25 tahun dan saya mendapati terdapat ketulan di puting payudara sebelah kiri saya . Saya juga berasa pedih dan tidak selesa di kedua2 belah bawah ketiak saya…bole saya tahu apa sebabnya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan pada keterangan yang anda berikan, ketulan yang anda alami di payu dara mungkin ialah fibroadenoma (ketumbuhan tisu yang bukan kanser). Ini bertepatan dengan ciri nya iaitu, ketulan kecil yang licin, bulat dan boleh bergerak. Ketulan fibroadenoma tidak melekat pada tisu di sekeliling dan boleh bergerak apabila di periksa dengan jari.
Namun terdapat juga penyebab lain terjadinya ketulan payu dara ini. Antaranya:
- Bengkak kelenjar limfa
- Ketulan kanser payu dara
Ketulan ini tidak merbahaya namun jika ketulan fibroadenoma dibiarkan tanpa pembedahan, ia mungkin perlu dikeluarkan di kemudian hari jika saiz ketulan semakin membesar atau tidak hilang.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.