
Sulit
4 tahun
Ketulan di payudara kanan ketika menyusukan bayi
Hi doc, saya baru bersalin pada bulan june 2020 lepas dan sekarang sedang menyusukan bayi. Baru2 ini saya perasan terdapat ketulan di payudara kanan sebesar 2 cm dan telah berjumpa doctor di klinik. Doktor menyatakan ianya bengkak susu dan saluran susu mungkin tersumbat. saya telah cuba tuam panas di kawasan benjolan seperti yang disarankan selama 4 hari sambil menyusukan anak dan juga mengepam namun benjolan masih tidak surut. Bayi saya juga telah menyusu sehingga kosong payudara namun benjolan itu masih ada. Pada keadaan biasa, benjolan itu tidak menyakitkan. Adakah ini mungkin masih bengkak susu yang telah lama dan mengambil masa untuk susu cair ataupun ketulan lain? Mohon bantuan doktor.
Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, saluran susu yang tersumbat mungkin mengambil masa untuk dilancarkan lagi. Anda boleh mencuba cara-cara di bawah:
- Cuba mengatur posisi bayi anda semasa menyusu untuk cuba melepaskan sumbatan tersebut
- Menyusu dengan payudara yang tersumbat dengan kerap, 8-12 kali sehari
- Mengurut bahagian yang bengkak sebelum dan selepas menyusu bayi anda serta ketika mandi air suam
- Cuba mengeluarkan air susu untuk seketika selepas menyusu bayi menggunakan tangan atau pam
- Elakkan penggunaan pakaian yang ketat di payudara seperti bra berwayar
- Berehat secukupnya
- Tuamkan payudara dengan pek panas sebelum menyusu untuk melancarkan air sus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor sekiranya perkara ini menyebabkan rasa sakit atau semakin besar. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.