Sulit
4 tahun
Ketulan di payudara kiri dan kanan
Saya baru shj melakukan pemeriksaan scan’breast ultrasound’… Dan keputusan ultrasound mendapati terdapat beberapa ketulan/cyst pd beast kanan dan kiri saya… saiz cyst terlalu kecil tak sampai 1cm… Persoalan sy, apakah yg perlu sy lakukan selepas ni? Adakah cyst ini bahaya dan perlu kah bagaimana lah cara nya utk sy remove cyst ini? Adakah ada rawatan tertentu utk masalah sy ini? Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu ketulan pada payudara kanan dan kiri. Untuk makluman anda, rawatan untuk kista payudara adalah berdasarkan tahapnya. Tidak ada rawatan yang diperlukan kecuali kista itu besar, tidak selesa, atau menyakitkan. Kista kemudian boleh dikeluarkan dengan menggunakan jarum halus. Sekiranya kista muncul kembali, ia boleh dinilai lagi dengan mammogram dan ultrasound, dan boleh dikeluarkan semula. Sebilangan besar wanita dengan kista payudara perlu menjalani pemeriksaan kanser payudara secara rutin.
Namun, jawapan ini hanyalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.
































