
mastura.r187
5 tahun
Ketulan di payudara membesar
Umur sy 33thn. Mempunyai seorg anak berusia 4 thn. Masa zaman remaja terdpt ketulan kecil di payudara kiri. Sudah membuat pemeriksaan di hospital & tumor yg dikatakan tidak merbahaya. Baru2 ini, pada disember 2019, ketulan itu telah membesar dan payudara agak sakit bila dipegang. Dan baru2 ini rasa ketulan itu semakin membesar dan payudara rasa berat. Rasa sakit berkurangan tetapi kerap berdenyut2. Sy telah ke hospital tetapi hanya pemeriksaan biasa oleh doktor di ER (bukan pemeriksaan pakar). Doktor telah “book” tarikh next check up adalah pd bulan mac 2020. Adakah sy perlu ke ER segera atau perlu tunggu date appointment di hospital utk pemeriksaan lanjut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, melainkan ketulan itu bersifat jangkitan (membesar dengan cepat, demam, merah), kemungkinan besar ketulan tersebut bukanlah bersifat kecemasan. Oleh itu anda tidak perlu ke ER memandangkan fasiliti kesihatan di ER tidak mampu untuk merawat ketulan di payudara.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.