
Anonymous
5 tahun
Ketulan di payudara sebelah kiri
Saya Seorang wanita berumur 32 tahun. Baru-baru nie pagi sebelum saya period saya dapati payudara sebelah kiri saya ada benjolan yang sakit sehingga lepas period. Untuk pengetahuan doctor saya masih menyusu anak umur 3 tahun. Tetapi dia menyusu hanya sebelah kanan. Adakan ia kanser?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, ketulan di payudara boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ketulan susu
- Fibroadenoma payudara
- Radang payudara
- Lipoma (ketulan kulit)
Sebetulnya, benjolan di payudara harus diperiksa lanjut dan mendapat pengesahan daripada doktor melalui scan dan biopsi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.