
Sulit
4 tahun
Ketulan di Payudara yang terasa ngilu apabila ditekan
Saya berumur 23 tahun. Saya mendapati ada ketulan di bahagian atas payudara saya dan apabila ditekan pada ketulan, ianya terasa ngilu seperti menekan pada tempat yang lebam. Ketulan tidak kelihatan seperti benjol, ianya cuma boleh dirasai ketika baring. Tidak ada perubahan lain yg berlaku pada payudara saya, cuma agak risau, kerana ketulan agak besar. Saya rasa ianya sudah lama ada kerana selama ini saya merasa ngilu apabila dada terkena benda yang kerasa (meja kerja) cuma tak mengetahui puncanya.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan sekarang !
Umumnya gangguan yang di alami boleh berpunca dari:
- peluh yang berlebihan disertai dengan jangkitan kuman (pastikan payudara sentiasa bersih & tidak terlalu lembab atau terlalu kering)
- trauma atau geseran kulit dari ukuran pakaian dalam yang tidak sesuai (terlalu kecil)
- alahan atau kulit yang tidak sesuai dengan bahan pakaian dalam (di sarankan memakai produk dari bahan cotton)
Namun selain itu, ia juga boleh menandakan kondisi yang lebih serius seperti:
- ketumbuhan di payudara
- fibroadenoma
- gangguan kelenjar
- gangguan saluran limfa
Justeru itu anda disarankan untuk belajar teknik pemeriksaan sendiri payudara atau ‘PSP’ bagi menilai sendiri benjolan tersebut sebelum ke klinik. Tambahan lagi, kami tetap menyarankan anda untuk berjumpa doktor dalam waktu yang terdekat. Kerana, untuk mengetahui punca masalah sebenar pemeriksaan lanjut perlu dilaksanakan oleh pihak yang berpengalaman.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan wanita anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).