
danielrashidibat
5 tahun
Ketulan di sekitar payudara dan bawah ketiak
Saya remaja lelaki yang masih bersekolah.Saya mempunyai ketulan di sekitar payudara dan bawah ketiak di sebelah kiri dan kanan.Sejak baru-baru ini terdapat biji di puting kanan saya dan mengeluarkan keputihan seperti nanah.Apakah penyebab berlakunya gejala seperti ini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- hormon prolaktin yang terlalu tinggi
- cyst
- abses
- kanser payudara
Kami menyarankan agar anda mendapatkan rawatan lanjut dengan segera.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.