
Sulit
4 tahun
Ketulan hitam pada perut
Saya berusia 22 tahun. Ketulan pada perut yang saya hadapi sudah terlalu lama. Namun kesakitannya baru diarasa sekarang.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Namun begitu, disebabkan kekurangan maklumat, sukar untuk kami memberikan kesimpulan. Pemeriksaan secara fizikal perlu dilakukan untuk menilai masalah yang anda nyatakan. Tanpa pemeriksaan yang teliti kami sukar untuk memberikan diagnosis dan rawatan yang tepat. Oleh itu, saya sarankan anda untuk ke klinik berdekatan dan mendapatkan konsultasi daripada doktor.
Secara amnya, masalah yang anda hadapi boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Foliculitis
- Cyst/Kista
- Nanah akibat jangkitan
- Benjolan lemak
- Gumpalan tisu fiber
- Kelenjar bengkak
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.