
Anonymous
5 tahun
Ketulan kecil dan sakit berhampiran telinga
Saya berusia 16 tahun. Semalam saya mendapati terdapat satu ketulan kecil dan agak sakit apibila saya tekan dengan lembut. Ketulan itu terdapat berhampiran dengan telinga kanan saya. Saya juga dapati semasa saya tekan dengan lembut, ketulan tersebut seperti berada di tulang dan bukannya dari kulit atau isi.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, kami memerlukan maklumat lanjut dan pemeriksaan untuk mengetahui punca ketulan pada telinga anda. Antara maklumat yang diperlukan adalah tentang berapa lamakah anda menyedari wujudnya benjolan tersebut, adakah ia menyebabkan sebarang gangguan kepada pendengaran anda, atau menyebabkan gejala lain seperti kesakitan walaupun tidak disentuh.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian agar anda dapat memberikan maklumat lanjut dan pihak kami boleh menyarankan rawatan yang sesuai jika perlu. Terima kasih.