Sulit
4 tahun
Ketulan kecil di area puting dan gatal
hi doc, saya berumur 20 tahun and saya mahu tanya tentang ketumbuhan seperti ketulan kecil di area puting payudara. ianya tidak sakit tapi gatal dan lebih seminggu tapi ketulan kecil tu masih tidak hilang. mohon nasihatnya doctor, terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu ketulan pada payu dara. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.
Berdasarkan pada keterangan yang anda berikan, ketulan yang anda alami di payu dara mungkin ialah fibroadenoma (ketumbuhan tisu yang bukan kanser). Ini kerana usia anda pada golongan 20 an dan mempunyai ciri-ciri seperti ketulan kecil yang licin, bulat dan boleh bergerak. Ketulan fibroadenoma tidak melekat pada tisu di sekeliling dan boleh bergerak apabila di periksa dengan jari.
Namun terdapat juga penyebab lain terjadinya ketulan payu dara ini. Antaranya:
- Bengkak kelenjar limfa
- Ketulan kanser payu dara
Ketulan ini tidak merbahaya namun jika ketulan fibroadenoma dibiarkan tanpa pembedahan, ia mungkin perlu dikeluarkan di kemudian hari jika saiz ketulan semakin membesar atau tidak hilang.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

































