
Sulit
4 tahun
Ketulan pada perut sakit bila diteka
Saya lelaki berumur 23 , merasakan sakit apabila menekan menggunakan jari pada perut, saya dapati ada ketulan pada yang ditekan dan sakit,

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu ketulan pada perut dan sakit apabila ditekan. Untuk makluman anda, masalah ini boleh merujuk kepada beberapa penjelasan, antaranya:
- hernia atau bahasa awamnya adalah angin pasang
- lipoma yaitu ketulan lemak
- penyakit keradangan pelvik
- limfadenitis
- sembelit
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.