mrsxoxolisa
4 tahun
Ketulan seperti daging keluar ketika mengandung
saya wanita berkahwin berumur awal 30an dan mempunyai 3 ank.baru baru ini saya terlewat dtg haid dan ada simptom mengandung tetapi bulan ketiga ketulan besar keluar daripada kemaluan dan ada simptom simptom keguguran.yang menjadi persoalannya selepas keluar ketulan besar tersebut haid keluar xbyk seperti keguguran pertama kali dan simptom mengndung seperti terasa ada brjolan keras dlm perut,pyu dara tegang dan xdtg haid saya alami.adakah saya masi mengndung dan apakah ketulan darah besar yg keluar tersebut.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda,terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Untuk memastikan sama ada anda mengandung atau mengalami keguguran ujian scan perlu dibuat.Oleh itu anda amat disarankan untuk berjumpa dengan doktor. Sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian untuk nasihat serta maklumat lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih