
amarmuqarrabin895
6 tahun
Ketumbit didalam mata
Saya lelaki berumur 19 tahun dan sakit ketumbit dia dlm mata sejak smlm lagi dan ketumbit ini bukannya dia luar tapi di dalam.Macam mana nak sembuhkan penyakit ini ye?

6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Ketumbit biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman pada kawasan bulu mata (“Stye”) atau penakungan minyak pada kelenjar (“chalazion”).
Terdapat beberapa cara untuk menghilangkan ketumbit ini:
- Menuam ketumbit dengan menggunakan sapu tangan yang direndam dalam air panas untuk 10 minit, untuk 2-3 kali sehari
- Membersihkan kelopak mata dengan menggunakan putik kapas yang direndam sabun bayi untuk mengesat bulu mata secara lembut
- Mengurut secara lembut chalazion yang bengkak untuk mengeluarkan lemak yang tersumbat
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih