
Anonymous
5 tahun
Ketumbit Pada kelopak mata
Saya mempunyai ketumbit mata yang telah mengeras dan sudah berbulan lama dan terdapat ketumbit yang baru sehingga memedihkan mata di mata yang sama tetapi pada bahagian sebelah bawah dalam mata.saya tidak ingin melakukan operasi.apa patut saya lakukan.dan ketumbit kecil di mata sebelah lagi. Saya sudah menggunakan antibiotik tetapi tiada perubahan yang berlaku

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, ketumbit biasanya disebabkan oleh jangkitan pada folikel bulu mata. Bagi merawat jangkitan biasanya ubat antibiotik digunakan. Namun begitu, sesetengah jangkitan tidak akan sembuh selagi nanah di dalam jangkitan seperti ketumbit tersebut dikeluarkan.
Biasanya pembedahan ketumbit merupakan pembedahan kecil untuk membuang nanah dan biji ketumbit tersebut. Sila rujuk kepada doktor di klinik atau doktor mata bagi rawatan selanjutnya. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.