
Sulit
5 tahun
Ketumbuhan daging lantai mulut
Hello doktor . Saya nak tanya apakah punca ketulan daging kemerah-merahan seakan merah gelap di atas permukaan lantai mulut saya . saya sudah perasaan sblum ini tapi saya buat taktahu . tapi hari ini saya tgk dekat cermin ketulan daging tuh besar dan merah gelap . Adakah ini penyakit ini serius ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kutil
- Torus (ketumbuhan tulang)
- Kista
- Bisul
- Erythroplakia (mempunyai peluang untuk bertukar ke kanser mulut)
- Kanser mulut
Untuk mendapatkan diagnosa yang lebih tepat, anda disarankan untuk mendapatkan pemeriksaan yang lebih lanjut di klinik atau hospital. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.