
Sulit
5 tahun
Kidney disease problem
Mak says Berusia 64 thn, sejak kebelakangan ini asyik.sakit, rabu lepas bawa pergi klinik test darah, lepas doc ckp kidney x beberappa baik, mak hangar hospital, takut sebab kes2 covid
Saya ada anak2 2 org, boleh tolong bagitahu macamana mak selesaikan masalah ini

5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Untuk makluman anda, pihak hospital mengambil langkah yang berjaga-jaga dengan teliti untuk memastikan kebersihan hospital dari dikontaminasi dengan pesakit COVID-19. Pesakit COviD-19 dirawat dalam ruangan yang tidak sama dengan pesakit lain. Mendengar keputusan doktor tentang kesihatan buah pinggang ibu anda, saya menyarankan anda meneruskan rawatan mengikut jadual sepatutnya. Hal ini kerana kegagalan buah pinggang boleh menyebabkan komplikasi yang teruk jika tidak dicegah pada peringkat awal.
Buat masa sekarang, saya amat menyarankan supaya anda mengawasai gejala anda serta melakukan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:
Mencuci tangan dengan sabun dan air.
Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini