
Sulit
4 tahun
Kiraan kandungan lepas hamil
macam kes saya ni last period 5.7.2020…saya akad nkah 11.7.2020…lpas tu saya prengnant…memang tak period dah…sampai saya gugur 16.8.2020…start bleeding smpai 21.8.2020…lpas tu tak sempat period bulan ni 16.9.2020 haritu saya check upt positve…so saya nak amik tarikh mana untuk first period tu?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, cara untuk mengira usia kandungan adalah berdasarkan tarikh hari pertama kedatangan haid yang terakhir ( Last menstrual period LMP ). Kemudian kirakan berapa minggu atau bulan yang telah berlalu dari tarikh tersebut, dan itu merupakan usia kandungan anda.
Contohnya, sekiranya tarikh hari pertama kedatangan haid terakhir anda (LMP) adalah pada 21 Ogos, maka dari tarikh itu, kirakan jumlah minggu yang telah berlalu sehingga ke hari ini. Contohnya hari ini adalah 22 september, maka jumlah minggu yang berlalu adalah 4 minggu. Bermaksud usia kandungan anda adalah 4 minggu.
Jangka masa untuk menunggu kedatangan bayi (kehamilan) mepunyai purata selama 280 hari atau 9 bulan dan 7 hari daripada LMP yang diperihalkan tadi. Walaubagaimanapun, ini adalah pengiraan ini adalah subjektif kepada setiap ibu yang hamil yang mempunyai kondisi kehamilan yang berbeza.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.