Sulit
5 tahun
Kiraan kuarintin atau kiraan virus
saya nk tanya saya ada berjumpa dengan kakak ipar saya pada 13/5, dn pada 17/5 kakak ipar sy positif…saya 1 family telah membuat swab pcr pada 19/5…Dan 21/5 result swab telah kelua…sy ,husband n anak kecik sy berumur 3 thun negatif tetapi anak sy yg berumur 5 positif…sy nak tanya kiraan kuarintin atau virus pada kami 1 family…kami 1 family tiasa simptom…cuma yg 5 tahun seblm ni Ada demam 1 hari pada Hari ahd
5 tahun
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kerisauan anda terkait wabak yang kita alami sekarang, lebih-lebih lagi berkenaan dengan perkembangan gejala positif COVID-19. Namun buat sementara waktu, anda juga perlu faham bahawa akibat dari peningkatan kes yang terlalu tinggi & secara mendadak, terdapat beberapa perubahan terhadap perlaksanaan SOP rawatan bencana pandemik.
Justeru anda (dan keluarga atau teman sebumbung) harus beradaptasi dan mangambil langkah berjaga-jaga dan meneruskan kuarantin sehingga keadaan beransur pulih. Sementara itu, anda sekeluraga dinasihatkan untuk menjaga jarak dan memakai pelitup muka sekiranya ingin keluar dari ruangan isolasi di rumah.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Berdasarkan garis panduan Garis Panduan Covid-19 KKM. Kontak rapat di definisikan sebagai:
- Individu yang berhubung secara langsung dengan kes positif COVID-19 dalam masa 14 hari kebelakangan, sama ada:
- bersemuka dengan pesakit COVID-19 pada jarak kurang dari 1 meter
- atau bersentuhan (kontak fizikal) dengan kes COVID-19
- Individu yang tinggal serumah dengan kes disahkan COVID-19
- Individu yang duduk dekat (kurang 1 meter) dengan kes COVID-19 dalam satu premis seperti pejabat, kelas, rumah ibadat, kedai dan lain-lain
- Anggota kesihatan yang memberi perawatan kepada kes disahkan COVID-19 tanpa memakai alat perlindungan diri (PPE) yang lengkap
Justeru saya menyarankan anda untuk mengemukakan info dan cerita yang sama kepada klinik kesihatan atau hospital yang terdekat bagi mengetahui langkah proaktif yang terbaik untuk diambil seperti
- gejala positif yang perlu mandapat rawatan doktor
- kondisi dan tahap risiko sebenar keluarga
- tempoh kuarantin bagi seisi keluarga
Saya juga menggalakkan anda untuk menjawab kuiz ini di Penilaian Risiko untuk COVID-19 untuk menilai status kesihatan semasa anda sekeluarga berkaitan dengan penyakit ini. Setelah menyelesaikan kuiz ini, anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori. Arahan selanjutnya akan diberikan pada akhir kuiz.
Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 pada ahli keluarag yang dicurigai menjadi ahli kontak rapat yang lain. Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, anda digalakkan agar terus melakukan kebersihan tangan dengan kerap, pakai topeng muka jika keluar rumah dan patuhi SOP PKP & pandemik sesuai garis panduan KKM.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Ingin meningkatkan imuniti tubuh? Suplemen merupakan pilihan yang tepat!
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































