
Sulit
4 tahun
Kitar haid tak teratur
Hi saya punya Seorang kawan saya ingin menanyakan sesuatu ttg kawan saya ini,kitar haid dia tak teratur dan dtg lambat 2 atau 3 bulan baru dtg adakah kitar haid dia normal atau sbgnnya?dan kitar haid nya jga prnh smpai 3 bulan lbh baru DTG?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang rakan anda hadapi iaitu kitaran haid yang tidak teratur. Untuk makluman anda, gejala ini merupakan masalah yang sering muncul bagi para wanita. Masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara yang serius mahupun tidak. Antara penyebabnya adalah seperti berikut:
- Ketidakseimbangan hormon
- Gangguan stress
- Senaman yang berlebihan
- Berat badan yang tidak seimbang
- Jangkitan STI ( Sexual transmitted infection ) atau jangkitan salur kencing (UTI)
- Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
- Masalah tiroid. wujud bersama simptom-simptom lain seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju.
- Ketumbuhan fibroid atau polip dalam rahim, yang boleh menggangu kelancaran pengeluaran darah. Selalunya akan ada ketulan darah atau lendiran coklat
- Ketumbuhan tisu rahim pada luar organ rahim ( Endometriosis )
- Kanser ovari atau rahim
- Penyakit keradangan pelvis yang boleh disebabkan oleh jangkitan STI ( Sexual transmitted infection ). Namun, ia akan disampingi oleh sakit perut bawah pusat serta masalah kencing sakit.
Apabila haid seorang datang secara teratur, ini dipanggil sebagai kitaran haid. Kitaran haid secara tetap menandakan bahawa tubuh badan anda berfungsi dengan normal. Kitaran haid menyediakan bahan kimia yang penting, yaitu hormon, bagi menjaga kesihatan tubuh. Kenaikan dan kejatuhan tahap hormon akan mengawal proses kitaran haid pada setiap bulan.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah ini, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.Jika masalah ini berlarutan dan mengganggu anda, kami nasihatkan rakan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna.
Jika anda mempunyai pertanyaan tambahan, anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!