
Sulit
4 tahun
Kitara haid tak menentu
Saya wanita yg berumur dalam 20an…beberapa minggu ni saya kerap kali rasa cepat penat…walaupun saya buat kerja yg ringan…saya akan rasa letih dan rasa mcm nak pitam…kitaran haid saya tak menentu…saya tak dtg haid pada bulan lepas hinggala sekarang…saya juga kerap kali ke tandas…kerap kncing…tapi saya mngalami sembelit…saya juga kerap sakit kepala…dn bahagian perut saya kerap kali rasa kejang…mood saya pun tak menentu

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- Anemia - kurang sel darah merah boleh menyebabkan kepenatan dan rasa hendak pitam
- Masalah fibroid dalam rahim - boleh menyebabkan kencing kerap dan sembelit kerana saiz yang besar serta haid tidak menetu
- Masalah ovari - seperti Sindrom Polisitik Ovari atau kista dalam ovari
- Endometriosis - boleh menyebabkan kitaran haid terganggu, anemia dan kekerapan kencing
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.