
Sulit
3 tahun
Kitaran haid 43 dan 46 hari terjadi 2 kali
Saya melakukan hubungan intim bulan 9 tetapi sperma buang di luar dan bulan 10 sudah period normal 7 hari tetapi kitaran haid 46 hari ,
sebelum beberapa hari haid keluar selepas itu saya sudah membuat ujian upt di pagi hari air kencing dan melihat tarikh upt belum luput result negative .adakah boleh hamil jika sudah period 7 hari?
Pada bulan 11 ini rasa kembung perut sekejap okay atau tidak kerana saya pernah kena appendix
jika tidak melakukan hubungan intim pada bulan 11 adakah maksud peluang hamil perlu berhubungan intim atau tidak.jelaskan doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah kitaran haid anda. Antaranya adalah:
- Usia
- Berat badan terlalu rendah
- Policystic Ovary Syndrome
- Fibroid dalam rahim
- Gangguan hormon
- Kesan penggunaan ubat-ubatan tertentu
- Tekanan emosi atau stress
Untuk makluman anda, wanita yang hamil tidak akan mengalami period selama kehamilan mereka. Jika anda sudah mengalami period selama 7 hari, itu bermakna anda tidak hamil. Kehamilan dapat berlaku apabila terdapat persenyawaan antara sperma daripada lelaki dan juga ovum daripada perempuan selepas berhubungan intim antara suami dan isteri.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan