
sarh.rslan
6 tahun
Kitaran haid berubah selepas tukar ubat
Saya berumur 35 tahun dan pesakit hipothyroid. Sebelum saya di sahkan menghidap hipothyroid, saya adalah pesakit hiperthyroid. Saya telah mengamalkan ubat yang doktor sarankan untuk saya khusus untuk hipothyroid. Tapi kitaran haid saya terus berubah bulan ini dan sekarang sudah lewat 7 hari. Apa yang perlu saya lakukan? Apakah pil perancang dapat membantu?

6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkannya.Antaranya ialah:
Tekanan Emosi
Masalah emosi atau tekanan perasaan boleh menyebabkan haid terhenti.Ubat-ubatan
Ada sesetengah ubat-ubatan yang anda makan untuk masalah perubatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Ubat sawan, ubat penenang, pil perancang kehamilan, pil-pil hormon bole menyebabkan kitaran haid terganggu.Masalah perubatan yang tidak anda sedari seperti Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS), masalah kelenjar tiroid, Kencing manis yang tidak terkawal
Oleh sebab , anda telah pun mempunyai faktor risiko iaitu penyakit hipotiroid jadi saya sarankan anda untuk mendapatkan nasihat daripada doktor kami.Untuk mengetahui punca masalah anda dengan lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.