Sulit
5 tahun
Kitaran haid lewat tetapi ujian kehamilan negatif
Saya berusia 28 tahun dan telah berkahwin. Sebelum kahwin period saya memang tidak teratur dan kitaran nya lebih dari 28 hari… Kebanyakan period saya datang selepas 32 - 37 hari… Dan paling cepat selepas 26 hari… Paling lewat pula selepas 55 hari…
Selepas kahwin pun, saya ada mengalami masalah period tidak teratur dan sekarang ini, period sy tidak datang walaupun selepas 49 hari… Untuk pengetahuan doktor, saya telah uji kehamilan menggunakan upt yang dibeli dari drugstore, sebanyak 3 kali dalam tempoh masa 2 minggu… Ketiga tiga keputusan ujian upt menunjukkan negatif…
Untuk pengetahuan doktor juga, seminggu yang lalu, saya mengalami keputihan yang agak banyak dan ada keputihan yang berketul dan berwana kuning cair tetapi tidak berbau… Saya juga tidak mengalami kegatalan atau ketidakselesaan di vagina saya… Dalam tempoh ini juga, buah dada saya kerap berasa seperti sengal, ngilu dan tidak selesa seakan akan ketika period… Saya juga tidak mengambil sebarang ubat kecuali paracetamol dan dan ubat alergi centrizine…
Adakah saya mempunyai masalah hormon?
Apakah yang boleh mengganggu kitaran haid saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Masalah haid tidak teratur adalah masalah yang kerap berlaku di kalangan wanita. Kitaran haid anda dianggap tidak teratur sekiranya tempoh kitaran, jumlah pendarahan atau kadar aliran anda selalu berbeza.
Terdapat pelbagai sebab bagi kitaran haid yang tidak teratur seperti:
- Ketidakseimbangan hormon akibat perubahan kepada badan seperti kehamilan, menopaus dan akil baligh.
- Kontraseptif seperti pil kontraseptif atau kontraseptif intrauterin.
- Stres akibat tekanan emosi, anoreksia, bulimia, perubahan berat badan yang melampau atau senaman yang berlebihan.
- Penyakit-penyakit seperti gangguan hormon tiroid, sindrom ovari polisistik (PCOS), endometriosis, fibroid rahim dan kanser organ-organ reproduktif.
- Ubatan seperti antidepresan, kemoterapi, antiepileptik, penipis darah dan ubat tiroid.
Oleh itu, anda digalakkan untuk mengunjungi doktor supaya boleh diperiksa dengan teliti untuk mengenalpasti sebab masalah anda. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Anda boleh juga mendapatkan pendapat doktor pakar sakit puan (Gynaecologist) melalui link ini (specialist booking). Seorang pakar sakit puan arif dalam bidang berkenaan sistem reproduktif wanita dan masal-masalah yang boleh timbul dan kesihatan seksual wanita. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.



























