Sulit
4 tahun
Kitaran haid & masalah keputihan
saya wanita berumur 19tahun , saya mengalami masalah kitaran haid yang kurang lancar . sebelum ini saya mengalami masalah segugut yang sangat teruk , ketika saya berumur 15tahun saya mengambil ubat tahan sakit segugut yang berwarna pink sejak itu saya tidak mengalami masalah segugut sampai sekarang . cuma kitaran haid saya tidak lancar , saya mengalami kitaran haid yang mula nya keluar cecair yang berwarna coklat & keluar dalam tempoh yang sangat lama , hanya keluar cecair berwarna coklat tidak keluar pun darah . selepas dalam 2 minggu baru keluar darah , itu pun keluar dengan tidak lancar . dulu selepas habis kitaran haid akan keluar keputihan itu menandakan yang saya tengah subur . sekarang walaupun lepas habis kitaran haid pun masih lagi keluar cecair berwarna coklat . kadang2 darah keluar sekali bercampur dengan cecair coklat tapi tak selalu , saya ada mengguna cecair pembersih wanita tetapi vagina saya masih keluarkan bau . adakah ubat yang mampu hilangkan masalah2 itu
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah keputihan yang anda hadapi. Untuk makluman anda, walaupun keputihan merupakan fenomena normal yang sering berlaku keatas wanita, namun ia juga boleh menjadi petanda kepada pelbagai penyakit. Bagi memudahkan pemahaman, keputihan boleh dicerakinkan kepada dua klasifikasi besar iaitu keputihan yang berlaku disebabkan fisiologi normal badan ataupun berpunca daripada sakit penyakit atau juga dikenali sebagai patologik.
- Keputihan fisiologi
Keputihan fisiologi selalunya hadir pada ketika wanita itu sedang subur ataupun sebelum datang haid. Bagi keputihan normal, kelazimannya ia berwarna putih atau krim dan ada kalanya berlendir. Namun, lendir bagi keputihan fisiologi bersifat cair, tidak melekat, tidak berbau dan dalam kuantiti yang sedikit. Jika perkara yang sebaliknya berlaku, ia berkemungkinan merupakan keputihan patologik.
- Keputihan patologik
Bertentangan dengan ciri-ciri keputihan fisiologi, keputihan patologik kebiasaannya berwarna kuning, hijau dan ada kalanya berwarna kelabu mengikut jenis patologi atau penyakit yang berlaku. Keputihan patologik berlaku pada ketika seseorang itu mengalami jangkitan atau keradangan. Ciri tambahan yang ada pada keputihan patologik ialah ia selalunya menyebabkan pesakit mengalami kegatalan pada kawasan kemaluan. Permukaan kulit pada faraj pesakit juga akan kelihatan kemerah-merahan dan berbintik. Bagi keputihan jenis ini pula, tekstur lendir yang dikeluarkan terasa melekat dan berbau. Keputihan patologik memerlukan rawatan yang terperinci kerana ia menandakan bahawa seseorang itu mengalami penyakit.
Terdapat beberapa punca keputihan patologik, antaranya ialah:
- jangkitan kuman (parasit, bakteria dan yis)
- ketidaksemibangan hormon
- masalah kesihatan
- gaya hidup yang tidak sihat
Untuk makluman anda, haid yang tidak teratur boleh menjadi normal atau sebaliknya. Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan masalah ini, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Anda masih risau tentang haid yang tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.



























