
Sulit
5 tahun
Kitaran haid selang 45 hari
saya wanita 24 tahun.sudah berkahwin.belum pregnant. mengalami kitaran period yang tidak normal. mengikut kiraan haid saya adalah 45 hari.sekarang saya sudah tiba masa untuk haid tetapi kuantiti yang sedikit hanya tompok2 / spotted sahaja. jadi bagaimana jalan penyelesaian bagi kitaran haid utk menjadi normal semula.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah kitaran haid lambat dan sedikit ini boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Kesan pengambilan pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.