
Sulit
4 tahun
Kitaran haid selepas bersalin
hi doktor . normal ke sebelum saya bersalin dulu period saya akan datang selama 7hari . tetapi selepas bersalin haid saya tidak teratur kadang 8 hari kadang 10 hari tapi pengeluaran darah di hari ke 7 dan ke atas sikit sahaja cuma hari nya jadi lama . normal ke doktor ?? selalu nya hari ke 7 sudah tinggal tompok coklat dan habis . kali ni tompok merah masih ada sikit sikit dan harini sudah hari ke 8 . mohon pencerahan doktor sebab ni kali pertama saya bersalin

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Pertama sekali, tahniah atas kelahiran anak pertama anda!
Kami memahami kebimbangan tentang masalah yang anda hadapi iaitu perubahan kitaran haid. Kitaran haid dikira dari hari pertama haid hingga hari pertama haid seterusnya. Purata kitaran haid adalah 28 hari. Kitaran boleh berlaku antara 21 hingga 35 hari pada wanita yang berdewasa dan 21 hingga 45 hari pada remaja muda. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca berlakunya perubahan kitaran haid. Punca utama ialah:
• Awal kehamilan
• Penyusuan
• Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
• Penggunaan ubat tertentu
• Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
• Senaman
• Tekanan yang berlebihan
• Masalah perubatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
• Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Berdasarkan keterangan anda, perubahan jangka masa haid anda dari 7 hari menjadi 8 hari tidak serius memandangkan darah yang keluar cuma sedikit. Namun begitu, sekiranya darah selepas hari ke-7 anda alami adalah banyak, saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan fizikal dan rawatan yang lebih tepat. Hal ini kerana haid yang berlebihan atau menorrhagia menunjukkan masalah kesihatan wanita yang lain.
Petunjuk bagi pendarahan haid yang berlebihan adalah jika anda:
- perlu menukarkan produk penjagaan haid anda (tuala wanita atau tampon) setiap satu atau dua jam
- melepaskan darah beku yang saiznya melebihi 2.5cm (kira-kira saiz syiling 50 sen)
- mengalami pendarahan yang banyak sehingga terkena pakaian atau tempat tidur anda
- perlu menggunakan dua jenis produk penjagaan haid bersama-sama (misalnya, tampon dan tuala wanita atau dua tuala wanita) bagi mengelakkan pendarahan haid daripada terbocor.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!