
Sulit
5 tahun
Kitaran haid selepas penguguran
6/9/2019 saya membuat penguguran… Dan doctor di klinik tersebut menyatakan yg sya akan period pda 27/9/2019.tpi smpai skarang sya blum period lagi… Dan ada mgalamai sakit2 perut seolah l2 hendak period. Pdahal darah blum kluar… Apa kah kemungkinan sya mengandung lagi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, perkara ini normal selepas pengguguran. Hal ini kerana badan sedang cuba memulakan kitaran haid dengan sempurna.
Walaubagaimanapun, sekiranya anda mengalami demam, sakit dibahagian rahim, dan pendarahan yang banyak, sila dapatkan bantuan doktor.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.