Sulit
5 tahun
Kitaran haid tidak normal dan masa subur yang sesuai
Saya wanita yang berumur 30-an…baru berumahtangga dalam 7bulan… saya mengalami masalah haid yang tidak teratur… dimana jangka masa yang paling pendek 33hari dan jangka masa lama 45hari selepas bulan berikutnya… Bila saya pergi ke klinik swasta dan kerajaan,doktor cuma memaklumkan itu adalah normal dan keturunan… dan saya inginkan zuriat… jadi saya ingin mengetahui masa subur saya dan masa yang sesuai untuk bersama… Saya baru mengamalkan jus yang terkenal… alhamdulillah baru satu botol period saya dalam tempoh 20hari sahaja… adakah ini kebetulan atau disebabkan ikhtiar (minum jus) yang saya mencuba?.. terima kasih doktor
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sebarang jus yang dijual di pasaran yang mengatakan bahawa ia boleh mengembalikan kitaran haid yang normal adalah palsu. Jus-jus ini mungkin mengandungi bahan yang boleh menjejaskan tahap hormon anda dan menyebabkan banyak masalah dalam jangka masa yang lebih panjang.
Anda boleh membincang dengan doktor anda tentang keinginan anda untuk mendapatkan zuriat. Doktor akan mengesahkan punca haid tidak teratur ini dan memberi nasihat yang paling sesuai untuk bagi memahami waktu subur anda.
Untuk maklumat yang lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


























