
mdmtonny05
5 tahun
Kitaran haid tidak normal dan waktu datang period terlalu panjang
Saya berumur 34 tahun, punya seorang anak yang sekarang berusia 14 tahun. Masa sekarang saya tengah period, hari pertama saya datang period adalah pada 8.05.2019 sehingga sekarang belum berakhir malah keluar ketul darah warna hitam pekat. Saya juga mempunyai masalah fibroid. Cm ketumbuhan itu masih saiz kecil. Saya sangat stress sehingga bermacam macam cara saya lakukan serta amalkan untuk menghentikan nya… Apakah yang harus saya lakukan, atau adakah makanan atau ubat yang harus saya ambil untuk menghentikan pendarahan saya ini doc?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Berdasarkan keterangan anda, anda mengalami simptom yang dipanggil oligomenorrhea atau amenorrhea. Terdapat beberapa penyebab masalah ini, antaranya:
- Masalah hormon tidak stabil akibat keletihan, jadual yang padat atau bergiat terlalu aktif dalam sukan dan stress
- Masalah berat badan juga boleh mengganggu keseimbangan hormon
- Masalah tiroid atau pituitari
- Masalah struktur ovari, rahim atau cerviks seperti polycystic ovari
Daripada keterangan yang anda berikan, terdapat kemungkinan masalah ini berkait dengan cyst tersebut. Namun kemungkinan punca lain perlu juga dipastikan. Untuk makluman anda, ujian pap smear biasanya dilakukan bagi mengesan masalah pada serviks, ujian lain perlu dilakukan bagi menegsan masalah lain dalam rahim.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.