
Sulit
5 tahun
Kitaran haid tidak teratur dan lama
Saya remaja 17 thn dan kitaran haid tidak teratur kadang2 haid dtg selang 2 bulan. Cth bulan 1 datang haid, bulan 2 dan 3 tidak dtg seterusnya bulan 4 akan dtg balik haid. Dalam bulan 4 tahun ni pertama kali saya dtg dalam 11 hari. Dan untuk bulan ni saya dtg 12 hari. Dalam 12 hari hanya keluar sedikit dalam 5 hari dan hari seterusnya haid biasa. Semasa bulan 5 ketika puasa saya dtg haid selama 5 hari sahaja tetapi sedikit. Kenapa ye doc?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kitaran haid yang tidak teratur boleh disebabkan:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah sindro polisistik ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.