
Sulit
4 tahun
Kitaran haid tidak teratur dan saya hanya datang 4/5 hari setiap bulan
saya wanita berumur 22 tahun. kitaran haid saya 4/5 hari setiap bulan. pada bulan ogos, saya datang haid pada 12-16. saya ada bersama suami pada malam 25-26 ogos. tetapi saya merasakan saya datang haid awal iaitu pada hari ini, 5/9/2020. adakah itu normal dan adakah peluang untuk mengandung ada?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai haid yang menjadi tidak teratur yang berlaku semenjak perkawinan anda baru-baru ini. Untuk makluman anda, gejala haid tidak teratur mungkin adalah perkara yang tidak perlu dibimbangkan kerana 50% segolongan wanita yang sihat mengalami haid tidak teratur sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup.
Namun haid yang tidak teratur boleh disebabkan oleh beberapa penyakit yang serius sekiranya ia berpanjangan dan disampingi oleh simptom-simptom lain. Antaranya ialah:
- Ketidakseimbangan hormon
- Jangkitan kuman pada rahim : disertai dengan lendiran berwarna kuning, kelabu atau coklat
- Penggunaan pil perancang atau alat kontraseptif
- Gangguan stress dan tekanan emosi
- Ketumbuhan polip atau fibroid
- Masalah ovari seperti ketumbuhan sista (PCOS)
- Kanser rahim atau ovari.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Menurut dari segi situasi anda, kami sarankan anda mencuba lagi untuk mengambil ujian kehamilan menggunakan air kencing sekiranya haid anda terbehenti untuk beberapa bulan. Pastikan anda menggunakan UPT tersebut pada hari sebelum dijangkakan datang bulan haid.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda sekiranya perkara ini belarutan dan memantau simptom-simptom seperti yang berikut:
- Senggugut yang terlalu sakit
- Lendiran kekuningan, coklat atau kelabu yang keluar dari vagina
- Masalah pembuangan air kecil
- Rasa kekerasan atau ketumbuhan pada kawasan rahim
- Ketumbuhan rambut atau bulu roma pada tempat-tempat tidak sepatutnya
- Keletihan dan juga penurunan badan yang drastik.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!