
Sulit
5 tahun
Kitaran haid tidak teratur dan senggugut
Dr, saya berumur 23 tahun dan baru berkahwin hampir 3 bulan. Saya ada masalah dengan kitaran haid 13-16 hari sahaja untuk haid seterusnya. Sebelum kahwen juga saya tak kerap alami senggugut tapi lepas kahwen setiap kali haid akan senggugut. Adakah disebabkan perubahan hormon atau ada symptom penyakit? Dan apa tindakan yang perlu saya buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, kitaran haid normal bagi wanita adalah dalam lingkungan 21-35 hari. Sekiranya anda haid selama seminggu dan haid kembali selepas 13-16 hari kemudian, kitaran haid anda masih berada dalam tempoh kitaran haid normal. Mengenai masalah senggugut, ia adalah perkara biasa berlaku bagi kebanyakan wanita, namun sekiranya senggugut yang dialami terlalu sakit, sila rujuk kepada doktor untuk pemeriksaan dan rawatan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.