
Anonymous
6 tahun
Kitaran haid tidak teratur selepas berkahwin
Saya perempuam berusia 36 tahun.Baru berkahwin lebih kurang 10 bulan.Haid saya jadi tidak teratur sejak kahwin.Sekarang ni lebih 4 bulan tak datang.Tapi sayabuat UPT, saya tidak hamil.Boleh doktor bagi saya suggestion rawatan apa yanh patut saya jalani dan apakah masalah saya sebenarnya.Terima Kasih.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan simptom simptom yang anda nyatakan saya mendapat pemahaman bahawa anda sedang menagalami haid yang tidak teratur.Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkannya.Antaranya ialah:
- Tekanan Emosi
Masalah emosi atau tekanan perasaan boleh menyebabkan haid terhenti. - Ubat-ubatan
Ada sesetengah ubat-ubatan yang anda makan untuk masalah perubatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Ubat sawan, ubat penenang, pil perancang kehamilan, pil-pil hormon bole menyebabkan kitaran haid terganggu. - Haid yang tidak teratur mungkin adalah tanda-tanda anda mempunyai masalah perubatan yang tidak anda sedari seperti Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS), masalah kelenjar tiroid, Kencing manis yang tidak terkawal
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.