
Sulit
3 tahun
Kitaran haid x normal
bulan lalu saya haid 15-5 start 1 week haid , tpi dri dulu memang haid x teratur , jdi saya mahu tanyaa bila wktu saya subur , lpstuu haid saya kdng awal bulan kdng akhir bulan kdng bulan strusnya awal bulannya tu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda.
Kami faham bahawa anda bimbang masalah yang anda hadapi ketika ini iaitu haid yang terganggu atau tidak teratur dan ingin mengetahui tentang status kesuburuan anda. Kami di sini akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah haid yang tidak teratur lazimnya dikaitkan dengan beberapa penjelasan seperti:
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
Akan tetapi, ia juga boleh berlaku disebabkan perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Justeru, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami dan mengetahui tentang status kesuburan anda.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor .
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan