
Anonymous
4 tahun
Kitaran haid yang pendek
Saya wanita berumur 35 thn, berkahwin dan mempunyai 3 org ank (6y, 4y, 2y). Kitaran haid saya normal sebelum n selepas bersailn selama ini. Pada bulan ini, kitaran haid saya sangat pendek. Pada kitaran hari ke 14 saya mengalami haid kali ke 2 dengan kuantiti yg sama spt haid sebelum ini. Adakah ianya normal? atau ade permasalahan lain? Thank u

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan haid yang tidak teratur.Antaranya ialah:
Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
Tekanan emosi
Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
Mengambil pil perancang kehamilan
Masalah polycystic ovarian syndrome
Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!