
Anonymous
5 tahun
Kitaran haid yg tdk teratur
Hi Dr. Sya nk tnya tntg kitaran haid sya yg tdk tratur. Baru2 ni sya period tpi sbelah pgi sahaja bla mlm dia x kluar pla. Dn ia bturut slama 4 hari. Adakah itu normal? Atau dr ada cadangan ubat yg bleh sya ambil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama sehingga 8 hari. Kitaran haid dapat dikatakan tidak normal apabila kitaran haid seterusnya datang lebih dari 38 hari atau lebih pendek daripada 24 hari atau sekiranya haid terjadi kurang dua hari atau lebih 8 hari. Merujuk kepada kes anda, darah haid anda keluar selama 4 hari, justeru hal ini boleh dikatakan normal.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.