
Sulit
5 tahun
Kitaran haid yg teratur
Hi…doc
Saya nak tanya…bln lepas sy dtg period pd 5hb…tp bulan ni jika ikut kitaran 28hr sy akn dtg bulan pd 3hb…kdng period sy ade smpai kiraan 32 hr…jd brapa jumlah sbnr yg perlu sy ikut ye…memandang skang sy msih tidak datang bulan lg…upt telah sy buat…tp negatif

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Memandangkan haid anda tiba pada hari ke-32, ia belum boleh dikatakan haid lewat.
Untuk info dan keterangan lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.