
Sulit
4 tahun
Kmno4 sesuai digunakan untuk Impetigo?
Adakah kmno4 yang telah dibancuh dengan air sesuai digunakan untuk mandian bagi luka jangkitan kulit impetigo? Pesakit adalah anak saya bayi berusia 5 bulan.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan adalah terlalu singkat, tidak jelas dan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal yang sebenar.
Untuk pengetahuan anda, gangguan pada kulit bayi lazimnya disebabkan oleh:
- eczema
- ruam lampin (diaper rash)
- ruam berjerawat
- jangkitan bakteria atau fungus
- alahan semula jadi
Impetigo pula merupakan jangkitan pada lapisan kulit (yang boleh menjadi serius) disebabkan oleh bakteria tertentu (Streptococcus atau Staphylococcus). Bakteria tersebut memasuki bahagian kulit yang rosak akibat penggaruan, luka, inflamasi dan lain-lain. Ia biasa berlaku pada kanak-kanak dan juga mudah tersebar kepada individu lain.
Saya sarankan anda agar menjauhi sebarang niat untuk menggunakan produk kimia tanpa terlebih dahulu berjumpa doktor. Khususnya terkait potassium permanganate (KMnO4) ia merupakan suatu bahan kimia yang mempunyai nilai pH yang kuat sehingga boleh mencederakan kulit si bayi. Namun buat sementara waktu, anda boleh
- menjauhi faktor yang boleh memperparah luka pada kulit bayi
- pastikan lampin dan kebersihan bayi terjaga dengan baik
- tukar lampin sekerap mungkin sekiranya sudah dapat tanda-tanda kencing atau berak
- jauhi penyentuhan pipi dan daerah kulit mukosa bayi yang lain sekiranya tangan dan tubuh badan tidak bersih
- lazimi cucian tangan dan penggunaan sanitizer untuk mencegah kebolehjangkitan bakteri pada si bayi
Oleh itu, saya sarankan, untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan bayi anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Maka dengan itu, kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pediatrician kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.